Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero

0 comments

Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero

Alam Jin

0 comments

Salam..
Maaf kerana sudah lama tidak update blog nie...
Kali ini sy akan bercerita mengenai alam jin..
Untuk pengetahuan semua, masih ramai lagi yang
tidak tahu asal usul Jin. Sedar atau tidak kadangkala
kehidupan kita dikelilingi oleh makhluk yang bernama JIN.
Disini saya akan huraikan serba sedikiit mengenai asal usul
JIN serta alam kehidupan Jin:

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil.
Dicipta dari api(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun
lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah mereka turun ke bumi. Untuk pengetahuan
semua Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam
(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun
kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu
dilarang mengunakan kemeyan kerana Jin paling suka dengan
asap yang busuk. Makanannya juga tulang. Itu sebab kita
tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan
memakannya.So bg spa2 yg merokok 2 bole pham lah..hehehehe

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (sebab tu ramai orang
terjun bangunan tinggi sebab bunuh diri akibat rasukan dan bisikan nafsu jin dan syaitan), tandas dan kubur.

6) Dinasihatkan apabila ingin buang air diperjalanan
(contohnya jalanraya),perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman."
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman.
Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk,
Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat
datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin:-)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada
dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.."
Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina
istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak
perasan dan tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya
dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja dihadapan-nya.
Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut
reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah
tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

cukuplah kali ini sy menceritakan tentang info ini.Insyaallah dalam masa terdekat sy akan menyambung cerita berkenaan alam jin nie..

ESQ 165 WAY

1 comments

Maaf tuan2 and puan2 yang dicintai kerana ALLAH kerana sudah lama sy tidak memasukkan info2 terbaru dan bahan2 ilmiah dalam blog ini..

Pada kali ini sy akan menceritakan mengenai ESQ 165 Way seperti apa yg sy janjikan dahulu..Pernahkah anda dengar mengenainya…ESQ 165 Way adalah satu kursus dimana ia berasaskan kepada ilmu2 ketuhanan dan kesedaran siapakah diri kita yg sbenarnya supaya kita dapat mengikut suara hati kita yg kebanyakkan ditutupi dengan belenggu…

Cara penyampaiannya mmg menarik dan mmg menyntuh perasaan dan qalbu kita..Dengan berbekalkan sound system yg hebat dan kuat menambah lg perasaan2 yg ssh untuk diungkapkan dengan kata2..Penyampaiannya adalah supaya kita dpt berubah kepada yg lebih baik dan selalu ingt untuk apa kita hidup di dunia ini..

Penceramahnya berasal dari Indonesia..mmg menarik dengan nada suara yg diungkapkan dan keikhlasan yg jelas nampak di wajah mereka..Semoga ALLAH merahmati usaha mereka..Ammiinnn…

Kepada tuan2 dan puan2 diluar sana jika berminat daftar lah untuk kursus ini dan rasailah pengalaman yg xmngkin dilupakan..bka laman web ESQ 165 Way…

ESQ 165 WAY

0 comments



Salam...Pagi!!!!

Pernahkah anda dengar mengenai ESQ Leadership Training???
Apa yang ada dengannya???
Bagaimana cara penyampaiannya???
Siapakah penceramahnya???
Isu apakah yang diceritakan dalam ESQ???

Saya akan ceritakan dari pengalaman saya mengikuti kursus ESQ nie..Insyaallah..


Demi Matahari

1 comments

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ...


ALLAHHUAKHBAR!!!!!

Pekerjaan Berlandaskan Islam...

0 comments

Salam...

Pada hari ini saya ingin mengupas isu berkaitan kerja...Saya pasti sudah ramai yang bekerja dan mengetahui tanggungjawab sebagai pekerja atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil Staff..huhuhu..Ok kita sambung semula...Kebanyakan orang bekerja tetapi nawaitunya bukan hanya kerana ALLAH S.W.T..Tetapi untuk mendapat tempat dimata bos..

Majoriti manusia menghabiskan masa dewasanya tiga puluh tahun atau lebih untuk bekerja selama lapan jam sehari dalam dunia pekerjaan. Dan adalah salah sekiranya berpegang kepada hakikat bahawa pekerjaan merupakan beban yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia. Terdapat bukti yang jelas bahawa manusia memerlukan pekerjaan malah pekerjaan merupakan salah satu aktiviti yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Sejak dari nabi Adam as hingga ke zaman kini, manusia menjadikan pekerjaan sebagai sebahagian besar daripada pusingan hidup mereka. Sememangnya pekerjaan menjadi gelanggang tempat manusia berjuang dan bersaing sebagai salah satu proses memajukan diri dan menyambung usia hidup..

Konsep Kerja Dalam Islam


Pertama : Pekerjaan hendaklah yang dihalalkan syarak. Pekerjaan hendaklah bukan yang haram seperti menjual arak, membawa lori arak, jual dadah, pusat hiburan sebab bergelut dengan maksiat. Pekerjaan yang baik ialah pekerjaan seperti tukang sapu, doktor, guru dan sebagainya.

Kedua : Diiringi dengan niat yang baik dan ikhlas kerana Allah. Niat yang baik bermaksud niat untuk menyara diri, keluarga, memberi manfaat kepada ummah serta membangunkan bumi (negara) menerusi cara-cara yang diizinkan oleh syarak. Lantaran itu pekerjaan yang dilakukan hendaklah bersih daripada segala campuran dengan sifat-sifat ingin menonjol, ingin disanjung, dipuja dan lain-lain sifat riak dan sombong. Penegasan Islam ialah kepada kesempurnaan tugas, kejujuran dan keikhlasan niat mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya suatu pekerjaan itu bergantung atau dikira pada niatnya."Kalau niatnya untuk dengkikan orang lain dan dendam ataupun berimejkan politik tempat kerja...Kerja yang dilakukannya selama 5 10 atau berapa tahun pon hanyalah sia2 tanpa matlamat islam yang betul.

Ketiga : Melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, tekun dan sebaik-baik mungkin. Kesungguhan bekerja dan menyempurnakan amanah dalam lingkungan kepakaran dan kecekapan ini dituntut oleh Islam dan hal ini dinyatakan dalam sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu suka jika seseorang daripada kamu membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun dan sebaik-baiknya." Manusia dijadikan oleh Allah swt untuk bekerja dan bekerja kerana Allah itu adalah suatu perhambaan kepadaNya. Orang Islam mesti berusaha bersungguh-sungguh dan melipat gandakan usaha mereka untuk meningkatkan produktiviti dan keimanan mereka. Allah akan memberikan balasan yang berlipat ganda kepada mereka yang melakukan pekerjaan dengan sebaik-baiknya, sebagaimana firmanNya yang bermaksud : "Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan yang baik dari apa yang telah mereka kerjakan."

Keempat : Menjaga batas-batas Allah swt dan menghormati dasar-dasar akhlak dengan tidak melakukan kezaliman, pengkhianatan, penipuan, melampaui hak orang lain termasuk penyalahgunaan kemudahan, peluang, harta dan kuasa. Syariat Islam diturunkan untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Jika kelima-lima faktor ini dijaga maka kepincangan tidak akan berlaku sama ada di dunia Barat mahupun Timur.

Batas-batas Allah swt dan dasar-dasar akhlak ini diturunkan agar sesuatu pekerjaan itu dilakukan atas prinsip-prinsip kemanusiaan dan peradaban semoga yang dilakukan dapat menyumbangkan kebajikan dan perkhidmatan yang maksima di samping dapat meningkatkan produktiviti organisasi.

Sebaliknya jika kerja-kerja yang dilakukan dan diusahakan atas dasar penipuan, kezaliman, penyelewengan, pemerasan dan sebagainya maka sudah pastilah tidak dapat mencapai kepada matlamat untuk meningkatkan martabat pekerjaan itu daripada adat kebiasaan bekerja seharian kepada martabat ibadah yang disediakan oleh Allah ganjarannya di akhirat nanti.

Kelima : Pekerjaan yang dilakukan itu tidak menghalang pekerjanya daripada menunaikan kewajipan kepada Allah swt. Ini termasuklah mengabaikan kewajipan terhadap ibadat khusus seperti sembahyang, zakat, puasa dan haji. Penyusunan giliran dan masa bekerja yang boleh mencuaikan kewajipan pokok kepada Allah swt adalah suatu perkara yang bertentangan dengan syariat Allah swt. Antara sifat mereka yang beriman adalah seperti yang digambarkan oleh Allah swt ialah seperti yang difirmankan.

Walaubagaimana pon terdapat segelintir masyarakat tidak memenuhi kriteria di atas..Wallahhua'lam......Oleh itu bekerjalah dengan nawaitu yang betul bagi mendapat lebih keredaan ALLAH S.W.T...Baru lah duit gaji yang kita dapat amatlah berkat dan rezeki yang dapat diberi kepada keluarga adalah yang terbaik kita lakukan...


Renung-renungkanlah dan selamat beramal............sekian

1 comments


ASMAK ULHUSNA YA BAARI


" ILMU ITU PELITA HATI, TIDAK TERLIHAT TAPI NYATA "

Tentang Diriku

My photo
Salam...Tiada apa yang istimewa tentang saya..Saya hanyalah manusia yang masih mempunyai banyak kelemahan..Saya memulakan pengajian saya di Sekolah Kebangsaan Yan Kechil dan seterusnya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang..Tetapi saya hanya belajar di situ selama 3 tahun kerana menerima tawaran belajar di Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang..Pada waktu itu saya mula menceburkan diri dalam Seni Silat Gayong Malaysia..Seterusnya saya menyambung pelajaran ke Politeknik Kota Bharu..Sewaktu di sanalah saya telah mempelajari tentang Seni Beladiri Jurus Acheh..Dan sekarang saya telah bekerja di USM Pulau Pinang..Inilah serba sedikit tentang diriku..

Links

http://hazwan-jurusacheh.blogspot.com
2010 Seni Beladiri Jurus Acheh | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools