Alam Jin

0 comments

Salam..
Maaf kerana sudah lama tidak update blog nie...
Kali ini sy akan bercerita mengenai alam jin..
Untuk pengetahuan semua, masih ramai lagi yang
tidak tahu asal usul Jin. Sedar atau tidak kadangkala
kehidupan kita dikelilingi oleh makhluk yang bernama JIN.
Disini saya akan huraikan serba sedikiit mengenai asal usul
JIN serta alam kehidupan Jin:

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil.
Dicipta dari api(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun
lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah mereka turun ke bumi. Untuk pengetahuan
semua Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam
(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun
kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu
dilarang mengunakan kemeyan kerana Jin paling suka dengan
asap yang busuk. Makanannya juga tulang. Itu sebab kita
tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan
memakannya.So bg spa2 yg merokok 2 bole pham lah..hehehehe

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (sebab tu ramai orang
terjun bangunan tinggi sebab bunuh diri akibat rasukan dan bisikan nafsu jin dan syaitan), tandas dan kubur.

6) Dinasihatkan apabila ingin buang air diperjalanan
(contohnya jalanraya),perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman."
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman.
Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk,
Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat
datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin:-)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada
dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.."
Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina
istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak
perasan dan tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya
dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja dihadapan-nya.
Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut
reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah
tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

cukuplah kali ini sy menceritakan tentang info ini.Insyaallah dalam masa terdekat sy akan menyambung cerita berkenaan alam jin nie..

" ILMU ITU PELITA HATI, TIDAK TERLIHAT TAPI NYATA "

Tentang Diriku

My photo
Salam...Tiada apa yang istimewa tentang saya..Saya hanyalah manusia yang masih mempunyai banyak kelemahan..Saya memulakan pengajian saya di Sekolah Kebangsaan Yan Kechil dan seterusnya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang..Tetapi saya hanya belajar di situ selama 3 tahun kerana menerima tawaran belajar di Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang..Pada waktu itu saya mula menceburkan diri dalam Seni Silat Gayong Malaysia..Seterusnya saya menyambung pelajaran ke Politeknik Kota Bharu..Sewaktu di sanalah saya telah mempelajari tentang Seni Beladiri Jurus Acheh..Dan sekarang saya telah bekerja di USM Pulau Pinang..Inilah serba sedikit tentang diriku..

Links

http://hazwan-jurusacheh.blogspot.com
2010 Seni Beladiri Jurus Acheh | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools